Saturday, 28 December 2013

Masih ada rerama di taman?

Aku tidak pernah tahu
Alam sebelum lahirku
Kata mak
Walau mentari kuat memancar
Cuaca masih sejuk

semasa kecilku
Sering aku bekejaran
Dengan taulan
Di taman 
masih lagi terlihat
Rerama kecil
Beterbangan
Putih kuning merah jambu
Kumbang comel
Di celahan bunga bunga                   
Yang harum

Telah dewasa kini
Hampir setiap pagi ku
Terjaga dengan bauan
Asap asap kenderaan
Bunyi jentera bekerja
Sebelum azan
Bunyi bumi meraung kesakitan
Bunyi bumi meniti ketuaan

Nanti petang pula
Bila anak pulang bermain
Lalu kutanyakan   
"Masih ada rerama di taman?
Atau kumbang di celahan bunga?"
Kata anak
"Tiada satupun rerama
Dan kumbang itu apa??"

Aku terpaku
Mungkin dunia ku terlalu maju
Kerana tuntutan manusia
Seperti aku..

                                                _Nfrm_

No comments:

Post a Comment