Friday, 13 December 2013

Berniaga.. tetap berniaga...

Lebih kurang 5 tahun lalu aku beli rumah di nilai small area in Negeri Sembilan. Ceritanya bermula bila orang semuda aku by that time I was only 21 tahun bergaji  boleh dikatakan besar (tidaklah besar sangat) sangat kuat berbelanja.. sebulan shopping entah apa sampai beribu gamaknya.. hahaa.. tiba di satu tahap I stop and start to calculate berapa banyak duit habis ni? Kasar kira setahun 24k yang terbazir macam tu sahaja... tapi pada masa yang sama yes, even though aku boros tapi masih ada simpanan. Ini kakak yang sulung tu ajar. Setiap bulan dia minta duit macam orang minta bayar hutang, di mana sebulan aku "terpaksa" bagi dia sikit dari gaji aku untuk dia simpan. Alhamdulillah dari "terpaksa" sekarang dah jadi "terbiasa". Suami kakak yang sulung masa tu sibuk mencari rumah. Aku pula dah macam pembantu dia ikut je ke mana dia pergi. Tengok rumah... aku pun tengok juga.. dan timbul niat.. dari aku shopping tidak tentu hala maybe it is good for me to invest. First yang ni masa aku jalan alone sampai di Semenyih which is by that time jalan nak masuk ke sunway semenyih tu betul-betul buat aku meluat. MasyaAllah.. traffic jam! Kawasan situ baru nak naik. Pembinaan merata. So banyak lori yang keluar masuk. Jalan dengan berlubang. Sakit pula hati kita. Sampai di satu area (tempat tu sekarang is pelangi semenyih) Ada ekspo perumahan baru (now belakang tesco semenyih) itulah pelangi. I stop by. Pergi lah tengok. Wow.. cantik! Ejen perumahan tu bawak aku jalan jalan tengok rumah contoh. Pembinaan masa tu dah start. Hati tengok terpaut. Memang suka. Jadi aku fikir untuk proceed submit. Harga rumah tu waktu itu lebih kurang RM 240k.  Alang-alang dah ada pegawai bank di situ.. proceed untuk jumpa and discuss how to submit. Banker tu betul-betul buat silap dengan aku. Dia minta ic I gave lah. Masa tu muda kan. Jadi dia tolak aku macam spring.. reject terus.. "adik muda sangat, apply tidak akan lepas" aku pujuk dia untuk submit dulu. Amboi kakak tu jawapannya "kalau submit memang tidak lulus" aku masa tu touching terus bangun.. ambil ic dan terus angkat kaki. Kesal dengan sikap kakak bank yang sikitpun tak nak cuba. Payslip pun dia tak buka and tengok. Maybe bukan rezeki.

Few months after, aku jalan jalan dengan abang ipar dan kakak sulung tu sampai ke bukit jalil.. dekat sana ada perumahan baru yang dah siap dengan cf. Berkenan pula dengan teres setingkat yang sangat comel. Few days ulang alik ke sana.. kami book rumah tu. And after another few days abg ipar tu ada ke Nilai Seri Pajam ada lagi perumahan baru. Katanya hati dia dah terpaut. So aku bawa mak tengok rumah tu. Terus berkenan di hati. Ini macam cinta pandang pertama. Rumah yang di bukit jalil macamana?? Buat keputusan sebab harga lebih kurang sama bukit jalil satu tingkat RM 180K Nilai seri pajam dua tingkat RM 230k. Tidak fikir lagi terus book juga rumah di Nilai.

I went back to the bukit jalil agent kononnya dapat lah refund booking tu.. tapi memang tidak lah...! So tak apa.. tak menyesal. Proceed submit loan dengan rumah di nilai. Alhamdulillah budak muda ni bank hanya ambil masa seminggu untuk proses dan lulus. gembira sangat..! Bila dah sign offer letter bayar deposit 10 % and sign s&p.. yes rumah itu jadi milik aku sehingga ke hari ini.

Atas alasan tertentu sekarang aku da ada buyer untuk rumah itu. Yup I'm selling it. June 2013.  Aku ada mintak rhb bank untuk evaluate nilai rumah itu. Dari RM 230K nilai sekarang sudah RM 410k. Disebabkan market value tidak sama macam value yang bank beri.. aku jual murah dari evaluation yang bank buat. Hanya RM 370k. Sebelum buat keputusan untuk jual aku call bank few times untuk confirm settlement amount. It is RM 214k. Selama 5 years bayar.. sebenarnya bank tak tolak pun principle amount. Itu lah loan rumah! Kita cuma bayar interest! Hahaa..

Sekarang prosedur beli rumah kian susah. Tak sama macam dulu. Buyer ni government servant. So dia dah submit loan.. katanya bank hanya lepaskan total sum RM 320k. Daripada value yang sepatutnya aku jual ialah RM 410k aku ikut trend perumahan sana dan jual dengan harga RM 370k.. and unfortunately kawan baik buyer tu bagi mood aku swing hari ni.. dengan mintak harga RM 340k!  Aku minta maaf. Kalau harga tu memang aku tak boleh jual. Bak kata kawan baik buyer rumah aku tu.. RM 340k.. aku masih dapat keuntungan RM 100k.

Haaa.... kenapa tajuk kat atas tu berniaga... tetap berniaga...? I let you know bro... memang secara kasarnya... betul aku dapat ekstra RM 100k. Mari sini aku bagitahu.. penalti bank yang aku harus bayar 5%.. tax government?  Lawyer? Itu adalah costing yang perlu aku kira... another cost yang memang orang tak ambil berat ialah... payment interest yang aku bayar selama 5 tahun itu.. belum masuk dengan payment deposit.

Di sini aku kira.. lawyer 3% (lebih kurang RM 9k) penalti bank 5 % (lebih kurang RM 18k) government tax.. (ini boleh minta wave sekali seumur hidup) dan payment yang aku dah bayar 5 tahun termasuk downpayment (total sum of RM 80K) termasuk dengan furniture yang sikit-sikit tu. A total of RM 100K over bro...!!!!!!! Ada untung ke?? Melayu sama melayu.. hakikatnya inilah cara melayu berniaga... mungkin sebab tu kurang berjaya.. jangan marah yea orang melayu. Berniaga tetap berniaga..

Swing mood aku!!! Puiihhhh!

No comments:

Post a Comment