Waktu kosong
Aku masih berdiri
Masih boleh berlari
Walau dalam tatih
Masih ikhlas tawa
Di hati
Bila makin pantas berlari
darahku makin angkuh
Sangkanya
berlian diberi
Takut hilang
Dari jari
namun pada aku
Atas bumi
Asal ada usaha
Allah beri
Tapi bukan itu
Yang kuingin lagi
Emas berlian
Telah ku miliki
Kini ku mencari
Empunya rusuk kiri
Bakal penentu
Syurga selepas mati
Namun
Darahku tetap mengeji
Sangkanya
Dia mahu yang ku miliki
Tanpa mereka sedari
Emas dan berlian
Pinjaman ilahi
Kini kerana berisi
Aku tidak lagi bisa berdiri
Apatah lagi berlari
Senyum masih boleh ku beri
Tapi tulus tidak lagi
Dari hatiku yang menangis sendiri
Sampai suatu masa nanti
Semua akan ku kembali
Kerana aku jua akan pergi
_nfrm_
No comments:
Post a Comment