Wednesday, 25 December 2013

Antara dia dan kamu (tafsiran mungkin berbeza ikut pendapat)

Dia seperti bayang
Tidak terlihat dalam terang
Apatah lagi dalam kelam

Kamu seperti sinaran
Menyuluh dalam kelam
Indah jua waktu terang

Dia seperti lumpur
Kala dilihat nampak kotor
Terus dicuci kalau tersentuh

Kamu seperti embun
Kala dilihat hati meruntun
Terus disimpan mahu dicium

Tapi bagi aku
Antara dia dan kamu
Sama kedua
Aku menilai dari rasa
Bukan sekadar menonton

Dia dan kamu
Sama usulnya
Barangkali dia salah menerka
Manusia boleh dipercaya
Barangkali kamu berbangga
Suci dirimu berharga

Tinjau dari hati
Tulusnya..
DIA yang mengerti
Usah kamu tersenyum
Kerana masih terjaga
Kerana belum leka..

                                                       _nfrm_

No comments:

Post a Comment