Sunday, 29 December 2013

Hancur bagaikan debu

Aku rindu masa silamku
Waktu itu
Sentiasa dijaga
Segala sakit dan letihku

Namun waktu itu makin jauh
Bukan salah dia ataupun aku
Kan takdir yang menentu
Walau hatinya luluh
Terpaksa tinggalkan aku

Aku kukuhkan kaki ku
Melangkah walau sendiri
Cuba melupakan bahagia lalu
Cuba tersenyum dalam lukaku

Dalam saat luluh
Aku temui kamu
Terlihat ikhlasmu
Lalu ku terima kamu di hatiku
Berusaha meninggalkan
Waktu hitam dulu

Hakikatnya
Hati yang hancur
tidak bisa bercantum
Hati ini luluh ibarat pasir ditiup

Kau kan pernah berjanji
Menyimpan ku di langit
Di tempat tinggi
Yang lain tidak bisa
Menyentuh
Kadang kau siakan  
Lerai tanganmu dari genggamanku
Dan tidak pernah kau sedar
Hatiku tambah pilu

Kenanganku
Buatkan ku jatuh
Tapi sikapmu
Menambah hati ku                               
Hancur bagaikan debu...

                                                _Nfrm_

Saturday, 28 December 2013

Kau sahabatku

Engkau sahabatku
Tentulah aku kenal kamu
Tiap senyum tawamu
Kadang aku tahu itu palsu
Tapi aku bisukan
Kerana aku tak mahu kau tahu
Aku selalu melihat tingkahmu

Engkau sahabat ku
Tentulah aku selalu bersama mu
Tiap tangisan mu aku ingin dekat
Kadang kau tolak aku jauh
Terpaksa aku diamkan
Kerana aku tak mahu kau tahu
Aku selalu runsing fikirkan kamu

Engkau sahabat ku
Tentulah aku pegang tangan anak mu
tiap apa yang dia sukai atau benci
Kadang aku juga ingin sertai
Kerana aku tidak mahu kau tahu
Sukarnya besarkan dia seorang diri

Engkau sahabat ku
Tentulah aku akan terus bersama mu
Walau rasa mu kadang tidak ku fahami
Tiap tangis dan tawa mu
Walau aku selalu ada
Namun tetap tidak aku rasai
Bila percaya mu pernah dikhianati

Aku sahabat mu
Yang hanya mampu
Lihat dari belakangmu
Yang hanya mampu ku pegang
Jika kau jatuh
Yang hanya mampu ku pandang
Segala tawa tangismu
Yang hanya mampu ku pinjamkan
Bahuku
Akan ku temani walau tidak berkongsi hati..

Masih ada rerama di taman?

Aku tidak pernah tahu
Alam sebelum lahirku
Kata mak
Walau mentari kuat memancar
Cuaca masih sejuk

semasa kecilku
Sering aku bekejaran
Dengan taulan
Di taman 
masih lagi terlihat
Rerama kecil
Beterbangan
Putih kuning merah jambu
Kumbang comel
Di celahan bunga bunga                   
Yang harum

Telah dewasa kini
Hampir setiap pagi ku
Terjaga dengan bauan
Asap asap kenderaan
Bunyi jentera bekerja
Sebelum azan
Bunyi bumi meraung kesakitan
Bunyi bumi meniti ketuaan

Nanti petang pula
Bila anak pulang bermain
Lalu kutanyakan   
"Masih ada rerama di taman?
Atau kumbang di celahan bunga?"
Kata anak
"Tiada satupun rerama
Dan kumbang itu apa??"

Aku terpaku
Mungkin dunia ku terlalu maju
Kerana tuntutan manusia
Seperti aku..

                                                _Nfrm_

Wednesday, 25 December 2013

Antara dia dan kamu (tafsiran mungkin berbeza ikut pendapat)

Dia seperti bayang
Tidak terlihat dalam terang
Apatah lagi dalam kelam

Kamu seperti sinaran
Menyuluh dalam kelam
Indah jua waktu terang

Dia seperti lumpur
Kala dilihat nampak kotor
Terus dicuci kalau tersentuh

Kamu seperti embun
Kala dilihat hati meruntun
Terus disimpan mahu dicium

Tapi bagi aku
Antara dia dan kamu
Sama kedua
Aku menilai dari rasa
Bukan sekadar menonton

Dia dan kamu
Sama usulnya
Barangkali dia salah menerka
Manusia boleh dipercaya
Barangkali kamu berbangga
Suci dirimu berharga

Tinjau dari hati
Tulusnya..
DIA yang mengerti
Usah kamu tersenyum
Kerana masih terjaga
Kerana belum leka..

                                                       _nfrm_

Saat membaluti jiwa yang lara..

Hina baginya zahir
Yang dia intai dari jiwa
Aku dinilai dari mata hatinya
Buatkan aku kembali bernyawa

Yang dulunya aku hilang percaya
Terasa hati ingin berpaut
Lalu ku terima
Sentuhan ikhlas dari tangannya

Namun..
Kelamaan..  tersedar..   
Ikhlasnya tampak jelas
Hakikatnya di sini masih lagi merana..                   

Hancur itu...
Mana mungkin bisa tercantum
Mana mungkin kembali sempurna
Mana mungkin lurus pandangan indera
Kadang terbias sinaran dari permata

Malamku kadang terjaga
Terigau sinaran sang delima
Entah mengapa kaca juga nampak bercahaya
bidadara di kala derita
Tambah jiwaku melara

Aku cuma pelakon atas pentas dunia
Yang DIA cipta
Punya hati dan jiwa
Yang luluh dan bisa hancur
Jika tidak dijaga

Biasan delima
Tidak mampu ku genggam                   
cuma terlihat dalam lena
Dan jaga
Hanya mampu ku lihat
Dalam maya
Hanya mampu kurindu
Sinarannya

Kerana tertulis jalan cerita
Jariku berjanji dengan darah
Saat terdesak membaluti jiwa yang lara..

                                                               _nfrm_

Tuesday, 24 December 2013

Bila hatiku berbicara

Tiada henti kau membuatku sakit
Tiada henti kau membuatku menangis ..
Tiada henti kau membuatku merinduimu..

Andai kau tahu apa yang ada dihatiku..
Andai kau tahu kau yang slalu membuat kusunyi didalam kegelapan..
Andai kau tahu betapa hancurnya hatiku saat ini..

Aku sabar..
Aku coba untuk menahan air mataku agar tidak jatuh..
Namun ternyata aku lemah..
Aku tidak bisa menahan air mataku dari mengalir ..

Aku sedar...
Aku tidak bisa menjadi bintang yang menyinar
yang mampu membuat diri kau berasa sempurna ..
Aku sedar..
Aku hanya insan yang hanya bisa kau mainkan..

Mana janji yang pernah kau taburkan..
Tuluskah apa yang keluar dari bibir mu..

Adakah ia sekadar kata-kata ..
Adakah kau lupa..
atau adakah ia benar-benar dari hati mu?

Biarlah ..
Biarku begini..
Biar takdir yang menentu kan ..
Aku hanya menunggu
siapa penganti kau yang akan singgah disangkar hati ku..

Adakah dia seperti kau yang
hanya untuk mempermainkan prasaan ku? Atau ia ditakdirkn jodoh ku?

Hanya Dia yang mengetahui..

Hatiku bukan untuk dimiliki ..
Hatiku untuk dicintai..

                                               Dari teman
                                               Nurizwani Roslan

Sunday, 22 December 2013

Mak

Terkenang aku
waktu kecil dulu
Saat aku lapar
Minta mak suapkan
Nasi putih dan telur rebus
Ikan bilis dengan kicap
Sebab mak suap
Semua jadi sedap
Lapar hilang
Sebenarnya belum kenyang
Sebab aku tahu
Yang mak suap
Hanya cukup untuk aku dengan acu
Mak makan dua tiga suap
Mak tipu kata kenyang

Bangun esok pagi
Mak belum pulang lagi
Mak sibuk cari rezeki
Nak besarkan anak
Semua kecil kecil
Mak kuat
Kadang kena jalan kaki
Sebab duit yang mak cari
Untuk kakak kakak
Bawa ke sekolah
Nasib ada along tolong mak sikit sikit

Mak kuat
Semua benda mak buat
Balik kerja masak
Suap aku makan lagi
Bila acu nakal dan menangis
Kadang mak marah
Aku jadi heroin

Bila sudah mula sekolah
Aku mengaku aku nakal
Kasihan mak
Sudahlah penat
Balik kerja
Jumpa cikgu lagi
Bila aku tatapi 
Mak aku tak nak nakal lagi
Aku belajar rajin rajin
Dapat universiti
Tapi aku sayang mak
Mungkin sebab aku pentingkan diri
Aku tak nak susah hati
Mak nanti duduk sendiri

Aku cari duit
Mak tak payah kerja lagi
Maaf mak
Kadang anak mak ni
Tekanan
Dengan masalah sendiri
Maaf mak
Kadang aku tak sengaja
Buat mak bersedih
Tapi mak
Kadang bila mak tidur
Mak tak sedar
Aku selalu pandang mak
Nak peluk aku ego
Cuma aku minta
Mak maafkan aku                           
dalam hati

Mak selalu worry
Tengok aku menung sana sini
Jangan risau mak
Sebab mak dulu super kuat
Aku pun jadi kuat
Mak sudahpun didik kami
Tugas mak
Semua menjadi
Aku tabik spring

Masa susah kita
Semua dah berlalu
Cuma yang paling aku takut
Bila sampai waktu
Aku takut mak pergi
Aku takut hidup sendiri

Mak..
Cita cita aku
Aku harap dapat bawa
Mak ke tempat itu
Yang selalu ALLAH pandang
Pada tiap terbit mentari
Di tempat itu
Semua doa
ALLAH beri
Di tempat itu masa kita pergi nanti
Aku nak minta..

"YA ALLAH HU YA RABBI
hadiahkanlah bidadari ini 
Syurga MU tanpa hisab
Kerana ALLAH, dia melahirkan kami
Membesarkan dan mendidik lapan beradik ini
Seorang diri...."
Hanya doa itu yang mampu aku beri
Walau tidak setimpal dengan
apa yang mak kasi

Aku tahu...
Janji MU ALLAH...
Aku yakin itu pasti...

Saturday, 21 December 2013

Hak bagi perempuan seperti aku

Di mana hak
Bagi perempuan seperti aku?
Yang ternodai
Dengan debu debu

Di mana hak
Bagi perempuan seperti aku?
Yang ternodai
Dengan janji palsu

Di mana hak
Bagi perempuan seperti aku?
Yang mengingini            
teman untuk tunjuk jalanMU

Kerana perempuan seperti aku
Tidak lagi berhak
Menjadi suri hidup
Tidak lagi berhak
menjadi kekasih ke syurgamu..

HAK
Bagi perempuan seperti aku
cuma
Untuk didengari
Penciptaku
Untuk diterima
Di sisi Tuhanku
Untuk menjadi hambaNYA
disepanjang hayatku
Sehina hinanya aku...

                                                    _nfrm_

Cinta yang kuinginkan....

Aku tidak ingin cinta ini
hanya tertutur dengan kata-kata

Aku tidak ingin cinta ini
Seperti api yang membakar kayu
Akhirnya menjadi abu.

Aku tidak ingin cinta ini
Seperti ais yang membeku
Apabila tiba masanya akan cair.

Aku tidak ingin cinta ini
Seperti ombak yang menghempas
Lalu hanya mendamparkan buih.

Hanya kuinginkan cinta
Seperti jantung yang berdegup
Tidak bisa kulihat namun
Bisa kurasakan... 

           
                                              Dari teman
                                              Nurizwani roslan

Friday, 20 December 2013

Saat hujan

Sendiri
Di meja minum
Saat hujan
Dalam kebisingan
Hati penuh kesunyian

Lalu kuterfikir
Nanti akan perlu pautan
takut tergelincir masa berjalan
Lantai basah akibat hujan
                                       
Kata orang
Hidup keseorangan
Umpama pohon tanpa rimbunan
Tapi pada aku
Manusia bukan dedaun
Yang bisa berkongsi
Matahari dan hujan

Akan sampai suatu waktu
Hati bisa hancur
Kerana kata dan perbuatan
Sayang bukan seperti
Langit lindungi alam
Bintang dan bulan
Kala mentari datang
Manusia akan ubah haluan

Biarlah
Kerana manusia
Sesungguhnya tidak layak menentukan
Hanya Allah sebaik baik perancangan..

                                                  _nfrm_

Tidak bisa lagi

"Selalu aku terfikir
Mengapa rasaku telah mati
Ku fikir kamu
Namun kamu bukan punca
Mungkin aku
Kerana sudah biasa terluka

Aku tidak lagi bisa menangis
Bila aku bersedih
Aku tidak lagi bisa marah
Bila orang menghina
Aku tidak lagi bisa tersenyum
Bila orang cuba buatku ketawa
Dan aku tidak lagi bisa mencinta"

                                                      _nfrm_

Wednesday, 18 December 2013

Aku mengerti itulah cinta

Saat matamu
Berlabuh di mataku
Hatiku senyum gembira
Terasa betapa
Pantas degupan jantung
Meronta pinta lolos
Dari dinding dada
Aku mengerti itulah cinta

Kadang tanpa sepatah kata
Dengan hanya kerlingan
setiap tutur bisu
Sampai ke minda
Dengan hanya pandangan
Kita fahami tanpa luahan

Waktu itu
Sama menabur janji
Bila berdua
Sama menyimpan mimpi
Sama menyusun lari
Sama denyutan nadi
Aku mengerti itulah bahagia

Lalu..
Aku pinta
Tuhan.. Kau bekukanlah masa
Kerana bersama dia
Aku tidak tahu
Apakah mungkin selama?
         
Sampai dimensi itu
Akhirnya aku rela
Waktu tidak bisa membeku
kau telah temui dia
  
Di dimensi itu
Tiada siapa tahu
Aku masih disitu
Masih aku menunggu
Masih merindu
Masih termimpikan mu
 

                                                _nfrm_

Salahkah aku menjadi aku?

Salahkah aku menjadi aku?
Saat aku jujurkan hati
Aku tahu ada yang membenci
Sikap aku Dia yang mengerti

Salahkah aku menjadi aku?
Saat aku berikan ikhlasku
Waktu engkau hanya perlu sesuatu
Lalu sikap aku engkau caci

Mungkin itulah salahku
Bila aku terlalu mempercayai
Mungkin memang salahku
Tanpa fikir akan dikhianati

Sering aku minta tuluskan hati
Tetap jua rasa dikeji
Bila baikku kau lupai
Lalu tersadung bila aku kau benci

Salahkah aku menjadi aku?

Monday, 16 December 2013

Degupan jantungku

Indahnya cinta
Di setiap degupan jantungku
Lalu kau tersenyum
Aku mengerti isi hatimu
Melara aku jatuh di sudut itu

Cinta
Tanpa suara
Sedalam makna
Entah siapa tahu
Aku ingin bersamamu
Walau kau dekat
Kini semakin menjauh
                           
Apakan daya
Takdir benci kita bersatu

                                                                       _nfrm_

Kamu

Kadang terkenangkanmu
Air mata ku jatuh
Tanpa relaku

Kesal aku dengan saat itu
Andai ku dapat undurkan waktu
Ingin ku kembali
Di saat aku langsung tidak mengenalmu

Jujur di suatu sudut hati
tiada seorangpun yang mampu
Membalut luka yang kau beri
Aku menangis sampai kini

Buat kamu yang pernah
Masih dan selalu kurindui..

                                                                 _nfrm_

Saturday, 14 December 2013

Aku ingat kamu

Sesekali terlihat gambar wajahmu
Terkenang aku rasa lalu

Ingat bagaimana kita melangkah
Aku ingat setiap hala tuju
Ingat perjalanan kita dulu
           
Mungkin puncanya aku
Atau bukan aku yang mahu
Kerana
Aku ingat sedalam mana rasa hatiku
Kau paksa aku pergi darimu
Mungkin rasamu telah membeku
       
Aku ingat betapa sakit luka itu
Aku ingat setiap titisan air mataku
Ingat lagi dinginnya malam yang kau tinggalkan
Impikan kamu di setiap saatku
Merindu harumanmu selalu
Lemahnya aku tanpa kamu disisiku

Aku ingat
Separuh gilaku menunggu
Di laluan yang telah kau abaikan
Di separuh jalan yang kau tinggalkan 
Dan aku ingat betapa sunyi laluan itu

Aku ingat siapa kau jadikan aku
Aku ingat bagaimana kau mengubahku

Terima kasih
Dengan apa yang kau beri
Kau jadikan aku teguh

Aku ingat kamu

                                               _nfrm_

Friday, 13 December 2013

Untuk kamu..

Pernah terfikir untuk pergi
Kerna ku tahu nilai diri ini
Namun masih aku cinta
yang terlalu dalam

Tidak akan aku berganjak
Walau cintamu hilang

Kau bakal syurga yang kunanti
Mohon kutemui
Walau kau menjauhi

                                         _nfrm_

Berniaga.. tetap berniaga...

Lebih kurang 5 tahun lalu aku beli rumah di nilai small area in Negeri Sembilan. Ceritanya bermula bila orang semuda aku by that time I was only 21 tahun bergaji  boleh dikatakan besar (tidaklah besar sangat) sangat kuat berbelanja.. sebulan shopping entah apa sampai beribu gamaknya.. hahaa.. tiba di satu tahap I stop and start to calculate berapa banyak duit habis ni? Kasar kira setahun 24k yang terbazir macam tu sahaja... tapi pada masa yang sama yes, even though aku boros tapi masih ada simpanan. Ini kakak yang sulung tu ajar. Setiap bulan dia minta duit macam orang minta bayar hutang, di mana sebulan aku "terpaksa" bagi dia sikit dari gaji aku untuk dia simpan. Alhamdulillah dari "terpaksa" sekarang dah jadi "terbiasa". Suami kakak yang sulung masa tu sibuk mencari rumah. Aku pula dah macam pembantu dia ikut je ke mana dia pergi. Tengok rumah... aku pun tengok juga.. dan timbul niat.. dari aku shopping tidak tentu hala maybe it is good for me to invest. First yang ni masa aku jalan alone sampai di Semenyih which is by that time jalan nak masuk ke sunway semenyih tu betul-betul buat aku meluat. MasyaAllah.. traffic jam! Kawasan situ baru nak naik. Pembinaan merata. So banyak lori yang keluar masuk. Jalan dengan berlubang. Sakit pula hati kita. Sampai di satu area (tempat tu sekarang is pelangi semenyih) Ada ekspo perumahan baru (now belakang tesco semenyih) itulah pelangi. I stop by. Pergi lah tengok. Wow.. cantik! Ejen perumahan tu bawak aku jalan jalan tengok rumah contoh. Pembinaan masa tu dah start. Hati tengok terpaut. Memang suka. Jadi aku fikir untuk proceed submit. Harga rumah tu waktu itu lebih kurang RM 240k.  Alang-alang dah ada pegawai bank di situ.. proceed untuk jumpa and discuss how to submit. Banker tu betul-betul buat silap dengan aku. Dia minta ic I gave lah. Masa tu muda kan. Jadi dia tolak aku macam spring.. reject terus.. "adik muda sangat, apply tidak akan lepas" aku pujuk dia untuk submit dulu. Amboi kakak tu jawapannya "kalau submit memang tidak lulus" aku masa tu touching terus bangun.. ambil ic dan terus angkat kaki. Kesal dengan sikap kakak bank yang sikitpun tak nak cuba. Payslip pun dia tak buka and tengok. Maybe bukan rezeki.

Few months after, aku jalan jalan dengan abang ipar dan kakak sulung tu sampai ke bukit jalil.. dekat sana ada perumahan baru yang dah siap dengan cf. Berkenan pula dengan teres setingkat yang sangat comel. Few days ulang alik ke sana.. kami book rumah tu. And after another few days abg ipar tu ada ke Nilai Seri Pajam ada lagi perumahan baru. Katanya hati dia dah terpaut. So aku bawa mak tengok rumah tu. Terus berkenan di hati. Ini macam cinta pandang pertama. Rumah yang di bukit jalil macamana?? Buat keputusan sebab harga lebih kurang sama bukit jalil satu tingkat RM 180K Nilai seri pajam dua tingkat RM 230k. Tidak fikir lagi terus book juga rumah di Nilai.

I went back to the bukit jalil agent kononnya dapat lah refund booking tu.. tapi memang tidak lah...! So tak apa.. tak menyesal. Proceed submit loan dengan rumah di nilai. Alhamdulillah budak muda ni bank hanya ambil masa seminggu untuk proses dan lulus. gembira sangat..! Bila dah sign offer letter bayar deposit 10 % and sign s&p.. yes rumah itu jadi milik aku sehingga ke hari ini.

Atas alasan tertentu sekarang aku da ada buyer untuk rumah itu. Yup I'm selling it. June 2013.  Aku ada mintak rhb bank untuk evaluate nilai rumah itu. Dari RM 230K nilai sekarang sudah RM 410k. Disebabkan market value tidak sama macam value yang bank beri.. aku jual murah dari evaluation yang bank buat. Hanya RM 370k. Sebelum buat keputusan untuk jual aku call bank few times untuk confirm settlement amount. It is RM 214k. Selama 5 years bayar.. sebenarnya bank tak tolak pun principle amount. Itu lah loan rumah! Kita cuma bayar interest! Hahaa..

Sekarang prosedur beli rumah kian susah. Tak sama macam dulu. Buyer ni government servant. So dia dah submit loan.. katanya bank hanya lepaskan total sum RM 320k. Daripada value yang sepatutnya aku jual ialah RM 410k aku ikut trend perumahan sana dan jual dengan harga RM 370k.. and unfortunately kawan baik buyer tu bagi mood aku swing hari ni.. dengan mintak harga RM 340k!  Aku minta maaf. Kalau harga tu memang aku tak boleh jual. Bak kata kawan baik buyer rumah aku tu.. RM 340k.. aku masih dapat keuntungan RM 100k.

Haaa.... kenapa tajuk kat atas tu berniaga... tetap berniaga...? I let you know bro... memang secara kasarnya... betul aku dapat ekstra RM 100k. Mari sini aku bagitahu.. penalti bank yang aku harus bayar 5%.. tax government?  Lawyer? Itu adalah costing yang perlu aku kira... another cost yang memang orang tak ambil berat ialah... payment interest yang aku bayar selama 5 tahun itu.. belum masuk dengan payment deposit.

Di sini aku kira.. lawyer 3% (lebih kurang RM 9k) penalti bank 5 % (lebih kurang RM 18k) government tax.. (ini boleh minta wave sekali seumur hidup) dan payment yang aku dah bayar 5 tahun termasuk downpayment (total sum of RM 80K) termasuk dengan furniture yang sikit-sikit tu. A total of RM 100K over bro...!!!!!!! Ada untung ke?? Melayu sama melayu.. hakikatnya inilah cara melayu berniaga... mungkin sebab tu kurang berjaya.. jangan marah yea orang melayu. Berniaga tetap berniaga..

Swing mood aku!!! Puiihhhh!

Monday, 9 December 2013

Kaulah kelam semalam

Pagi tadi
Ku buka mata
Termenung
Teringat semalam
Yang kelam

Dan hari ini
Moga kau datang
Kerana semalam
Sunyi menemani
                     
Semalam
Jangan muncul lagi
Aku letih dengan janji
Harap hari ini ada mentari
                 
Tapi sudah sehari
Kau yang ku nanti
Tidak datang lagi
Resah hati
Masih menunggu
Sang pelangi

ohh
Malam muncul kembali
Mentari mustahil datang lagi
Harapkan sinaran bulan
Dilindungi awan
Kelam!

Sebelum aku
Melelapkan mataku
kembali ku ingati
Kau lah kelam semalam
Yang tidak ku ingin
Namun
Kau datang lagi hari ini

Sering kau beri harapan tinggi
Sering jua kau mungkiri
Sering percaya ku kau cabuli
Ohh.. Berhentilah menyakiti...!

Saturday, 7 December 2013

Akan ku kembali

Waktu kosong
Aku masih berdiri
Masih boleh berlari
Walau dalam tatih
Masih ikhlas tawa
Di hati

Bila makin pantas berlari
darahku makin angkuh
Sangkanya
berlian diberi
Takut hilang
Dari jari

namun pada aku
Atas bumi
Asal ada usaha
Allah beri                                
Tapi bukan itu
Yang kuingin lagi

Emas berlian
Telah ku miliki
Kini ku mencari
Empunya rusuk kiri
Bakal penentu
Syurga selepas mati

Namun
Darahku tetap mengeji
Sangkanya
Dia mahu yang ku miliki
Tanpa mereka sedari
Emas dan berlian
Pinjaman ilahi

Kini kerana berisi
Aku tidak lagi bisa berdiri
Apatah lagi berlari
Senyum masih boleh ku beri
Tapi tulus tidak lagi
Dari hatiku yang menangis sendiri

Sampai suatu masa nanti
Semua akan ku kembali
Kerana aku jua akan pergi

                                                            _nfrm_

Thursday, 5 December 2013

Kain putihku

Kadang aku leka
Sehingga diriku kelabu
demi rasa
Aku jadi penuh dengan debu
lalu kutepis debu itu, hilang
namun masih ada warna
Di kain putihku                                            

Dan aku bermain dalam lumpur
Kain putihku
Dulu kelabu
kini hitam
Saat itu
Terbisik untuk pulang
Tapi masih aku hilang                       

Sesekali ku paling
namun sesat lagi
Sering terbisik
Buatku tertoleh
Untuk putih dan bersih
Cuma mungkin aku tidak mahu
atau mungkin juga aku malu

Lalu Dia jadikan sesuatu
Setelah puas Dia berbisik
Dia gambarkan kasihNya padaku
Walau kain yang kubawa tidak seputih dulu
Masih jua Dia peluk jiwaku
Tanpa sikitpun kata hina
Tiada sepatahpun kata keji
Tanpa rasa jijik  
Namun Dia dakap jua hatiku

Oh Tuhanku
Walaupun aku sering lupa
di saat Kau selalu ingat
Walaupun aku sering tinggalkan
Di saat Kau selalu menjadi teman
Walaupun sering aku kotori
Walaupun sesekali Kau marah
Dan sesekali Kau berpaling
Namun akhirnya Kau tetap
Cintakan aku
Dan pinjamkan duniaMu padaku

Kata diri
Aku mahu kembali
Demi hanya kerana
KasihNya yang Dia beri
Sesekalipun tidak pernah
Melepaskan dakapanNya
pada diri ini..
                    
Demi kasihMu..
Aku kembali..
Membawa kain putihku..

                                                       _nfrm_

Wednesday, 4 December 2013

♡♡♡

Takut ungkapnya dari lidah..
Bila ada ketawa..                     
Kepala lupa semua..
Bila ada duka...
Meronta meminta...
Sering aku jua terlupa..
Hadirnya aku kerana DIA..
Aku akan nanti menjadi terlalu kecil..
Saat kembalinya aku kepada DIA..
Dengan warna warna debu..
Berserakan di udara..       
Tebalnya.. sehingga kabur indera..
Di situlah aku..
Di sebalik warna itu..
Ingin pulang ke jalan itu..
Mungkin terlalu malu..      
Mungkin terlalu rindu..
                                                 _ Nfrm_

Tuesday, 3 December 2013

Dengari aku

Cerita ini cerita aku          
Dari dulu berlari
Kadang tangis
Kupujuk hatiku
Kusimpan mimpi baru

Dan aku berlari lagi
Kutinggalkan liku
Kadang terjatuh
Kuberdiri lagi
Kusimpan lagi mimpi baru

Berlari
Ingin di depanmu
Sesekali kupaling
Aku tersenyum
Kadang di bawah
Namun bila kudongak
Aku ingin di situ

Tiba di garis ini
Tapak penuh dengan mimpi
Mahu berlari??
Kata rasa
Cukup di sini
Tapi hidupku
Paksa aku berlari lagi   

Dengarilah aku               
Aku mahu berhenti
Aku lelah dengan mimpi mimpi
Bila bisa berhenti?
Mungkin bila mati??

                                             _nfrm_

Sayang usah kau ragu

Sayang
Jangan pernah kau sangsi cintaku
Sungguh
tidak akan ku goyah dari sisimu
mungkin benarlah jua kata mereka
mungkin jua benarlah diriku hina
Dan menjadikan aku terlalu keji untuk dirimu
namun usah kau ragu
Telahku simpan dirimu di tujuh petala
dalam setiap doaku
Allah lah jua yang menerimaku
Allah lah jua yang Maha Tahu

                                                       _nfrm_