Telapak kecil yg tidak memahami
Tapi hatinya seolah mengerti
Kerana dia kecintaan
Luluh jiwa
Walau dalam tawa..
Apatah lagi dlm tangisnya..
Maha Suci Allah..
Thursday, 25 December 2014
Dia kecintaan
Monday, 29 September 2014
Esok?
Hirup udara dalam dalam
Sampai kau puas
Kau simpan
Lalu kau lepas
Dan senyumlah
Genggam tangan ibu
Sampai melekit
Kau cium
Lalu kau junjung
Dan temanilah
Tenung yang kau sayang
Sampai kau hilang
Kau kunci
Lalu kau tanam
Dan cintailah
Hari ini
mungkin boleh lagi
Tapi esok??
_nfrm_
dari Medan
Dari bumi Medan ini
Ku pinta angin sampaikan salam
Rindu pada kekasihku
Bawakan air mata cintaku padamu
Biar kau tahu
Walau aku jauh
Walau aku senyum
Dalam tawa teman temanku
Di sini detik jantungku
Menyebut namamu
- 30 aug 2014
1130pm ind
Medan
Nfrm
Friday, 25 July 2014
Bukan lagi milik aku
Luar jendela masih sama
Indahnya magenta senja
Tetap menghiasai bingkai dunia
Aku mengukir senyum
Mengukur bahagia
Di saat kita duduk berdua
Hakikatnya
Magenta senja telah lama kaku
Hati kamu telah lama membeku
Tidak adilnya pada aku
Luar jendela tetap indah
Hati aku masih hangat membakar
Mencari cinta yang tiada lagi
Bukan lagi milik aku..
_nfrm_
Wednesday, 23 July 2014
How can our love fade?
How can our love fade?
for I never forget
Years have gone by
Time has flew away
My love for you remain
And
I'm still the same..
Friday, 16 May 2014
Munafik kah hati?
"Jangan mencari benci
Nyawa kau akan dituntut nanti
Selindung mahu menutup caci
Tidak mahu yang disangka suci
Bertelanjang di depan lelaki
Bertelanjang di depan Tuhan
Dengan hina dan jijik
Dengan kulat di hati
Apa erti sujud?
Munafik kah hati?"
_Nfrm_
Thursday, 10 April 2014
Aku mahu belajar
Sayang,
Aku mahu belajar 1 2 3
Walau aku pakar mengira
Aku mahu belajar mengeja
Walau aku pakar menyusun kata
Dan sayang
Aku harus belajar
Mengenal manusia
Yang telah lain tamadunnya..
_nfrm_
Pandang lah aku
Pandang lah aku
Dengan rasa benci
Seolah aku yang paling keji
Pandang lah aku
Dengan hati yang belum puas
Seolah aku tidak pernah ikhlas
Pandang lah aku
Seolah aku anasir jahat
Pukauan mata syaitan
Nafsu si sial
Fikiran jijik yang likat
Sekurang kurangnya
Kau masih pandang aku
Dan aku tidak akan sedih
Tentang sesuatu
_nfrm_
Thursday, 3 April 2014
Aku masih sepi
Di sudut sepi
Walau sekitarku
Dengan tawa dan lantangnya suara
Mata ini terus memerhati
Dari suatu sudut sepi
"Aku tidak punya magis
Yang bisa mengerti hati isi
Cuma logiknya
Kamu bahagia"
Di sudut sepi
Aku menilai tawa
Aku menilai amarah
Di sini aku masih sepi...
_nfrm_
Wednesday, 12 March 2014
Maaf lah sayang
Maaf lah sayang
Kira senyum ku
Tidak bisa menghancurkan hati mu
Maaf lah sayang
Kira tutur ku
Tidak bisa aman di telinga mu
Maaf lah sayang
Kira rupa ku
Tidak bisa meninggikan diri mu
Maaf lah sayang
Kerna sampai suatu waktu
Aku tidak bisa rasa berharga di depan mu..
_nfrm_
Saturday, 1 March 2014
Selamat tidur sayang ku
Sayang
Kamu sedang tidur lena
Aku ingin dekat
Merasai hembusan nafas
Dan degup jantung mu
Dalam dakapan kekasih ku
Sayang
Betapa lena tidur mu
tidak sabar menjemput mentari
Untuk aku bersenda dengan mu lagi
Selamat tidur sayang ku
Akan ku setia
menantimu di sini
Walau kau jauh
Betapa ku rindu..
_Nfrm_
Saturday, 15 February 2014
Hakikatnya seorang perempuan
Perempuan
Bila dia bercinta
Dia serahkan hidupnya
Tubuh badannya yang cantik
Dikorbankan menumpang zuriat
Seorang suami
Walau sendiri
Dia lah yang gagah
membesarkan sehingga tua
Perempuan
Biar dia terseksa
Kerana kasihnya
Dan kau
Deritai lah dia
Dia tetap akan menang di perang
Walau dia menangis
Tidak bermaksud
Dia goyang
Hakikatnya seorang perempuan..
_nfrm_
Wahai teman.. ingatkan aku akan mati
Jika suatu waktu
Aku tidak kembali ke
Tikar sujud
Wahai teman
Ingatkan aku akan mati
Jika suatu waktu
Aku terleka dengan
Warna dunia
Wahai teman
Ingatkan aku akan mati
Jika suatu waktu
Aku telah hanyut
Memegang tangan nafsu
Wahai teman
Tolonglah
Ingatkan aku akan mati
_nfrm_
Wednesday, 12 February 2014
Buat kamu
Mata ini selalu melihat kamu
Melihat susukmu
Segala gerak geri
Tidak kah kamu mengerti?
Ku tanam harapan setinggi langit
Walau hati ini tidak sebesar bumi
Dari rasa yang membungkam
Bernanah seperti mati
Atau kau mahu harapan ini pergi?
_nfrm_
Tuesday, 11 February 2014
Menunggu akhiran cerita
Kiri kanan ku haru
Dengan cerita alam
Garis lurus dengan liku
Kelam dan terang
Di sini aku buntu
Menunggu akhiran cerita
Bukan cerita mereka
Tapi aku..
Yang kadang kian lemas
untuk pangkat disisi tuhan
Sabar dan terus senyum
Berdiri lagi biar teguh
Yakin jalan di jari tuhan
MAHA BESAR
_nfrm_
Thursday, 30 January 2014
Di mana putih?
Ketawa pada jenaka
Itu lah pengubat luka
Bila tulus nyawa
Bila masa kadang tak berharga
Tetapi jiwa sering terdusta
Aduh! Sekali lagi?
Di mana putih?
adakah bisa kau cari?
Topeng dan kau
Kapan bisa terpisah?
Senyum bagi ku mudah
Asal luka di hati masih belum bernanah
_nfrm_
Tuesday, 28 January 2014
Ngerti kamu?
Hati
Hancur lagi hari ini
Pedih yang tidak bisa kau lihat
Takdir untuk aku?
Sering tercalar di hati?
Pedih!
Ngerti kamu?
_nfrm_
Saturday, 25 January 2014
Hey kamu si pemuka dua!
Hey kamu di situ!
Wajah manis tampak anggun
Senyum mu bisa meruntuh jiwa
Persis keanak anakan
Tampak jujur dan luhur
Tapi sayang
Luaran cantik ciptaan tuhan
Hati mu busuk bisa terbau segala!
Jika ada trofi boleh kaut semua
kau pelakon tanpa direktor
Boleh menangis sedih walau hati ketawa
Hey kamu si pemuka dua!!!
Sudah lah dengan lakonan mu
Hentikan lah drama
Kau bisa buat semua tampak hina
Kau saja yang mulia
Aku muak!!
Wahai kamu si pemuka dua!!
_nfrm_
Kau yang terindah (dari teman nurizwani roslan)
Kau yg ku anggp seperti
Permata yg sentiasa menyinar
Mmbuat org sekeliling
Terpaku seketika pabila memandang..
Hanya kerna kau yg cukup indah
Tak layak untuk aku didampingi
Kerna ku sedar siapa diri ku
Hanya kerna kau yg cukup indah
Tak layak Untuk aku sayangi
Kerna aku juga ada harga diri
Hanya kerna kau yg cukup indah
Tak layak Untuk aku cintai
Kerna aku tahu ada yg lebih baik untukmu
Biarlah aku pendam prasaan ini
Hanya memandang mu dri jauh
Itu sudah cukup bagi ku menghikangkn
Rasa rindu yg terpendam..
Biarlah biarkan kn aku begini
Hanya bahagia pabila melihat
Kau bahagia..
Biarlah biar Tuhan yg menentukan ..
Hanya TUhan yg tahu bagaimana prasaanku saat merindui mu dan disaat melihat kau bahagia
Mungkin ada yang lebih baik untukku juga.. aku hanya menunggu dan terus menunggu..
Hanya kau terindah..
_nfrm_
Friday, 17 January 2014
Seni itu hidup ku
Nafas adalah lukisan
Langkah adalah garisan
Tawa _ penuh warna ceria
Tangis walau hitam (masih bewarna)
Lukisan yang tersisa
Terbuang entah di mana
Tetap kan terukir di muka DIA
Aku simpan segala lukisan
hanya dari hujung pena
Hitam atau tidak bewarna
Tetap bernilai walau bukan permata
Dari lebihan nafas
Neon tidak akan menyinar selama
Suatu waktu terpadam jua
Seni lukisan ku
Masih dapat tertonton
Walau tidak lagi bernyawa...
_nfrm_
Aku cinta kau..
Aku cinta kau
Bukan sekadar dari bicara
Hanya dari bisu hati
Yang penuh rasa
Biar beribu kali
Tersebat dan terluka
Biar bertahun
Diri ini tidak terlihat
Dari mata
Aku tetap cinta kau..
_Nfrm_
Tuesday, 14 January 2014
Lebuhraya
Di lebuhraya
Dengan mata kuyu
Memandu
Mahu terlelap
Dari belakang
Menekan
Dengan kerlipan lampu
Menghalau ku pergi
Dari laluan itu
Kepulan awan marah
Di kepala
Segala seranah
Keluar dari hati
Terfikir pula
Aku tidak segila dia
Persialan semuanya
Mengalah ke tepi
Manusia dari bandar
Tekanan dengan kerja
Lari dari masalah dunia
Ingin cepat pulang
Mahu melihat senyuman
Yang dirindu
Tanpa berfikir
Yang dicinta
Menanti di muka
Tanpa dia berfikir
Di lebuhraya
Bisa tergadai nyawa
_nfrm_
Wednesday, 8 January 2014
Mak kata "kamu dah besar"
Dari kecil lagi
Bila merajuk
Mahu itu ini
Tak dapat
Menangis
Mak kata
"Kamu dah besar"
Bila bermain
Terjatuh
Kawan tolak
Lutut berdarah
Menangis juga
Mak kata
"Kamu dah besar"
Pergi sekolah
Hari pertama
Sampai sebulan
Minta mak temankan
Mak tak ada
Menangis juga
Mak kata
"Kamu dah besar"
Dapat universiti
Tak nak pergi
Sebab takut sendiri
Nanti mak pun
Tinggal sendiri
Menangis lagi
Mak kata
"Kamu dah besar "
Universiti tak pergi
Kerja cari rezeki
Siang malam
Letih
Bila dengan masalah
Menung sana sini
Menangis lagi
Mak kata
"Kamu dah besar "
Sekarang
Apa apa pun diam
Bukan tak nak tunjuk
Senyum
Walau menangis
Seorang diri
Biar mak nampak
Anak mak ok
Tak nak mak kata
"Kamu dah besar"
Sebab
Aku masih anak mak
Yang perlukan mak
Dan aku nak mak tahu
Walau bertahun berlalu
Mak...
"AKU BELUM BESAR"
_Nfrm_
Saturday, 4 January 2014
Jangan sampai berbau
Ruang dan waktu
Beza satu ke satu
Hari demi hari
Sampai juga hari ini
Bila ku hitung
Bertahun
Ramai yang datang
Singgah sekejap
sering berganti
Ada yang kembali
Ada yang masih di sini
Ada yang bertopeng
Ku fikir ku kenal
Tapi lain!
Ada yang memang zahir
Ku fikir kira ikhlas
Ku senyum!
Ada yang putih
Ku fikir aku kelam
Terasa hina!
Takdirnya
Aku begini
Pentingnya dari hati
Jangan sampai berbau
Biar harum
Jangan berdebu
_nfrm_