Wednesday, 8 January 2014

Mak kata "kamu dah besar"

Dari kecil lagi
Bila merajuk                                           
Mahu itu ini
Tak dapat
Menangis
Mak kata
"Kamu dah besar"
   
Bila bermain
Terjatuh
Kawan tolak
Lutut berdarah
Menangis juga
Mak kata
"Kamu dah besar"

Pergi sekolah
Hari pertama
Sampai sebulan
Minta mak temankan
Mak tak ada
Menangis juga
Mak kata
"Kamu dah besar"

Dapat universiti
Tak nak pergi
Sebab takut sendiri
Nanti mak pun
Tinggal sendiri
Menangis lagi
Mak kata
"Kamu dah besar "

Universiti tak pergi
Kerja cari rezeki
Siang malam
Letih
Bila dengan masalah
Menung sana sini
Menangis lagi
Mak kata
"Kamu dah besar "

Sekarang
Apa apa pun diam
Bukan tak nak tunjuk
Senyum
Walau menangis
Seorang diri
Biar mak nampak
Anak mak ok
Tak nak mak kata
"Kamu dah besar"

Sebab
Aku masih anak mak
Yang perlukan mak
Dan aku nak mak tahu
Walau bertahun berlalu
Mak...
"AKU BELUM BESAR"
 

                                                     _Nfrm_

No comments:

Post a Comment