Perempuan
Bila dia bercinta
Dia serahkan hidupnya
Tubuh badannya yang cantik
Dikorbankan menumpang zuriat
Seorang suami
Walau sendiri
Dia lah yang gagah
membesarkan sehingga tua
Perempuan
Biar dia terseksa
Kerana kasihnya
Dan kau
Deritai lah dia
Dia tetap akan menang di perang
Walau dia menangis
Tidak bermaksud
Dia goyang
Hakikatnya seorang perempuan..
_nfrm_
No comments:
Post a Comment