Tuesday, 14 January 2014

Lebuhraya

Di lebuhraya
Dengan mata kuyu
Memandu
Mahu terlelap

Dari belakang
Menekan
Dengan kerlipan lampu
Menghalau ku pergi
Dari laluan itu

Kepulan awan marah
Di kepala
Segala seranah
Keluar dari hati

Terfikir pula
Aku tidak segila dia
Persialan semuanya
Mengalah ke tepi

Manusia dari bandar
Tekanan dengan kerja
Lari dari masalah dunia
Ingin cepat pulang
Mahu melihat senyuman
Yang dirindu

Tanpa berfikir
Yang dicinta
Menanti di muka
Tanpa dia berfikir
Di lebuhraya
Bisa tergadai nyawa


                                                            _nfrm_

No comments:

Post a Comment