Thursday, 30 January 2014

Di mana putih?

Ketawa pada jenaka
Itu lah pengubat luka

Bila tulus nyawa
Bila masa kadang tak berharga

Tetapi jiwa sering terdusta
Aduh! Sekali lagi?

Di mana putih?
adakah bisa kau cari?

Topeng dan kau
Kapan bisa terpisah?

Senyum bagi ku mudah
Asal luka di hati masih belum bernanah


                                                                  _nfrm_

Tuesday, 28 January 2014

Ngerti kamu?

Hati
Hancur lagi hari ini
Pedih yang tidak bisa kau lihat
Takdir untuk aku?
Sering tercalar di hati?
Pedih!                              
Ngerti kamu?

                                            _nfrm_

Saturday, 25 January 2014

Hey kamu si pemuka dua!

Hey kamu di situ!
Wajah manis tampak anggun
Senyum mu bisa meruntuh jiwa
Persis keanak anakan
Tampak jujur dan luhur

Tapi sayang
Luaran cantik ciptaan tuhan
Hati mu busuk bisa terbau segala!
Jika ada trofi boleh kaut semua
kau pelakon tanpa direktor
Boleh menangis sedih walau hati ketawa

Hey kamu si pemuka dua!!!
Sudah lah dengan lakonan mu
Hentikan lah drama
Kau bisa buat semua tampak hina
Kau saja yang mulia
Aku muak!!

Wahai kamu si pemuka dua!!


                                                             _nfrm_

Kau yang terindah (dari teman nurizwani roslan)

Kau yg ku anggp seperti
Permata yg sentiasa menyinar
Mmbuat org sekeliling
Terpaku seketika pabila memandang..

Hanya kerna kau yg cukup indah
Tak layak untuk aku didampingi
Kerna ku sedar siapa diri ku

Hanya kerna kau yg cukup indah
Tak layak Untuk aku sayangi
Kerna aku juga ada harga diri

Hanya kerna kau yg cukup indah
Tak layak Untuk aku cintai
Kerna aku tahu ada yg lebih baik untukmu

Biarlah aku pendam prasaan ini
Hanya memandang mu dri jauh
Itu sudah cukup bagi ku menghikangkn
Rasa rindu yg terpendam..

Biarlah biarkan kn aku begini
Hanya bahagia pabila melihat
Kau bahagia..

Biarlah biar Tuhan yg menentukan ..
Hanya TUhan yg tahu bagaimana prasaanku saat merindui mu dan disaat melihat kau bahagia

Mungkin ada yang lebih baik untukku juga.. aku hanya menunggu dan terus menunggu..

Hanya kau terindah..


                                                                   _nfrm_

Friday, 17 January 2014

Seni itu hidup ku

Nafas adalah lukisan
Langkah adalah garisan
Tawa _ penuh warna ceria
Tangis walau hitam (masih bewarna)

Lukisan yang tersisa
Terbuang entah di mana
Tetap kan terukir di muka DIA

Aku simpan segala lukisan
hanya dari hujung pena
Hitam atau tidak bewarna
Tetap bernilai walau bukan permata

Dari lebihan nafas
Neon tidak akan menyinar selama
Suatu waktu terpadam jua

Seni lukisan ku
Masih dapat tertonton
Walau tidak lagi bernyawa...

                                                        _nfrm_

Aku cinta kau..

Aku cinta kau
Bukan sekadar dari bicara
Hanya dari bisu hati
Yang penuh rasa

Biar beribu kali
Tersebat dan terluka
Biar bertahun
Diri ini tidak terlihat
Dari mata

Aku tetap cinta kau..

                                                    _Nfrm_

Tuesday, 14 January 2014

Lebuhraya

Di lebuhraya
Dengan mata kuyu
Memandu
Mahu terlelap

Dari belakang
Menekan
Dengan kerlipan lampu
Menghalau ku pergi
Dari laluan itu

Kepulan awan marah
Di kepala
Segala seranah
Keluar dari hati

Terfikir pula
Aku tidak segila dia
Persialan semuanya
Mengalah ke tepi

Manusia dari bandar
Tekanan dengan kerja
Lari dari masalah dunia
Ingin cepat pulang
Mahu melihat senyuman
Yang dirindu

Tanpa berfikir
Yang dicinta
Menanti di muka
Tanpa dia berfikir
Di lebuhraya
Bisa tergadai nyawa


                                                            _nfrm_

Wednesday, 8 January 2014

Mak kata "kamu dah besar"

Dari kecil lagi
Bila merajuk                                           
Mahu itu ini
Tak dapat
Menangis
Mak kata
"Kamu dah besar"
   
Bila bermain
Terjatuh
Kawan tolak
Lutut berdarah
Menangis juga
Mak kata
"Kamu dah besar"

Pergi sekolah
Hari pertama
Sampai sebulan
Minta mak temankan
Mak tak ada
Menangis juga
Mak kata
"Kamu dah besar"

Dapat universiti
Tak nak pergi
Sebab takut sendiri
Nanti mak pun
Tinggal sendiri
Menangis lagi
Mak kata
"Kamu dah besar "

Universiti tak pergi
Kerja cari rezeki
Siang malam
Letih
Bila dengan masalah
Menung sana sini
Menangis lagi
Mak kata
"Kamu dah besar "

Sekarang
Apa apa pun diam
Bukan tak nak tunjuk
Senyum
Walau menangis
Seorang diri
Biar mak nampak
Anak mak ok
Tak nak mak kata
"Kamu dah besar"

Sebab
Aku masih anak mak
Yang perlukan mak
Dan aku nak mak tahu
Walau bertahun berlalu
Mak...
"AKU BELUM BESAR"
 

                                                     _Nfrm_

Saturday, 4 January 2014

Jangan sampai berbau

Ruang dan waktu
Beza satu ke satu
Hari demi hari
Sampai juga hari ini
Bila ku hitung
Bertahun

Ramai yang datang
Singgah sekejap
sering berganti
Ada yang kembali
Ada yang masih di sini

Ada yang bertopeng
Ku fikir ku kenal
Tapi lain!

Ada yang memang zahir
Ku fikir kira ikhlas
Ku senyum!

Ada yang putih
Ku fikir aku kelam
Terasa hina!

Takdirnya
Aku begini
Pentingnya dari hati
Jangan sampai berbau
Biar harum
Jangan berdebu

                                                         _nfrm_