Saturday, 15 February 2014

Hakikatnya seorang perempuan

Perempuan
Bila dia bercinta
Dia serahkan hidupnya

Tubuh badannya yang cantik
Dikorbankan menumpang zuriat
Seorang suami
Walau sendiri
Dia lah yang gagah
membesarkan sehingga tua

Perempuan
Biar dia terseksa
Kerana kasihnya
Dan kau
Deritai lah dia
Dia tetap akan menang di perang
Walau dia menangis
Tidak bermaksud
Dia goyang

Hakikatnya seorang perempuan..

                                                          _nfrm_

Wahai teman.. ingatkan aku akan mati

Jika suatu waktu
Aku tidak kembali ke
Tikar sujud
Wahai teman
Ingatkan aku akan mati

Jika suatu waktu
Aku terleka dengan
Warna dunia
Wahai teman
Ingatkan aku akan mati

Jika suatu waktu
Aku telah hanyut
Memegang tangan nafsu
Wahai teman
Tolonglah
Ingatkan aku akan mati

                                        _nfrm_

Wednesday, 12 February 2014

Buat kamu

Mata ini selalu melihat kamu
Melihat susukmu
Segala gerak geri  

Tidak kah kamu mengerti?     
Ku tanam harapan setinggi langit
Walau hati ini tidak sebesar bumi
                                                              
Dari rasa yang membungkam
Bernanah seperti mati
Atau kau mahu harapan ini pergi?

                                                _nfrm_

Tuesday, 11 February 2014

Menunggu akhiran cerita

Kiri kanan ku haru
Dengan cerita alam
Garis lurus dengan liku
Kelam dan terang
Di sini aku buntu
Menunggu akhiran cerita
Bukan cerita mereka
Tapi aku..
Yang kadang kian lemas
untuk pangkat disisi tuhan
Sabar dan terus senyum
Berdiri lagi biar teguh
Yakin jalan di jari tuhan
MAHA BESAR 


                                                         _nfrm_