Tuesday, 20 January 2015

Wajah wajah di garis lurus

Garis lurus di kota
Sesak dengan halwa       
Dan sisa sisa khalifah
Yang lupa

Seraya aku berkata
Kau umpama dubuk
Yang menjilat jilat bangkai
Yang telah kau hina!

wajah wajah di garis lurus
Walau hinanya rupa
Masih ada nilai
Kira budi beharta     
Bukan yang hina rupa
Yang berbau bangkai hatinya
Yang buta                                           
Yang bodoh dan lupa   
Yang menyesatkan
Yang memperdaya

Janji dengan akad
Benih yang di suburkan
Kerana wajah di garis lurus
Kau endahkan
Lalu kau lebih hina!
 

                                                             _nfrm_

Thursday, 25 December 2014

Dia kecintaan

Telapak kecil yg tidak memahami
Tapi hatinya seolah mengerti
Kerana dia kecintaan
Luluh jiwa
Walau dalam tawa..
Apatah lagi dlm tangisnya..
Maha Suci Allah..

Monday, 29 September 2014

Esok?

Hirup udara dalam dalam
Sampai kau puas
Kau simpan
Lalu kau lepas
Dan senyumlah

Genggam tangan ibu
Sampai melekit
Kau cium
Lalu kau junjung
Dan temanilah

Tenung yang kau sayang
Sampai kau hilang
Kau kunci
Lalu kau tanam
Dan cintailah
 
Hari ini
mungkin boleh lagi
Tapi esok??

                                                        _nfrm_

dari Medan

Dari bumi Medan ini   
Ku pinta angin sampaikan salam
Rindu pada kekasihku   

Bawakan air mata cintaku padamu
Biar kau tahu
Walau aku jauh
Walau aku senyum
Dalam tawa teman temanku
Di sini detik jantungku
Menyebut namamu
                                             
- 30 aug 2014
1130pm ind
Medan
Nfrm

Friday, 25 July 2014

Bukan lagi milik aku

Luar jendela masih sama
Indahnya magenta senja
Tetap menghiasai bingkai dunia

Aku mengukir senyum
Mengukur bahagia
Di saat kita duduk berdua

Hakikatnya
Magenta senja telah lama kaku
Hati kamu telah lama membeku

Tidak adilnya pada aku
Luar jendela tetap indah
Hati aku masih hangat membakar
Mencari cinta yang tiada lagi

Bukan lagi milik aku..

                                     _nfrm_

Wednesday, 23 July 2014

How can our love fade?

How can our love fade?
for I never forget
Years have gone by
Time has flew away      
My love for you remain
And
I'm still the same..

Friday, 16 May 2014

Munafik kah hati?

"Jangan mencari benci
Nyawa kau akan dituntut nanti
Selindung mahu menutup caci
Tidak mahu yang disangka suci
Bertelanjang di depan lelaki
Bertelanjang di depan Tuhan  
Dengan hina dan jijik
Dengan kulat di hati
Apa erti sujud?
Munafik kah hati?"

                                                  _Nfrm_